Monday, January 25, 2010

2 jam setengah bersama ketua dpppl

posted by nasrudin hassan at tantawi

2 Jam Setengah
Bersama Pemuda PAS
Kawasan Hulu Langat

1. Malam ini jadual saya 2 jam setengah bersama Dewan Pemuda PAS Kawasan Hulu Langat .

2. Majlis yang penuh mesra dan mahabbah ini turut diserikan dengan kehadhiran Yb. Dr. Che Rosli Ahli Parlimen Hulu Langat dan juga Ybhg. Yang diPertua PAS Kawasan .

3. Hampir seratus orang pemuda yang terdiri daripada AJK Dewan Pemuda PAS Hulu Langat , Ketua Jawatankuasa Pemuda Cawangan dan aktivis - aktivis pemuda .

4. Dewan Pemuda PAS Pusat merakamkan tahniah kepada Sdr Mat Shah selaku ketua DPP Kawasan Hulu Langat dan rakan - rakannya kerana telah berjaya menganjurkan pertemuanini . Semoga semangat ukhuwwah yang terbina ini akan menjadi asas yang kuat dan kukuh untuk kita terus thabat dan istiqamah dalam perjuangan ini .

5. Aktiviti 2 jam setengah ini
ringkas , padat dan bermanafaat . Kandungan aktiviti merangkumi Taklimat gerakkerja DPP Kawasan oleh Ketua DPP Kawasan , taujihat oleh Ketua DPP Pusat dan dialog atau soal jawab bersama seluruh anggota pemuda yang hadhir . Taujihat Ketua DPP Pusat menekankan beberapa aspek utama yang perlu diberi perhatian oleh semua anggota pemuda :

a] Memperkasakan Amal Tarbawi
b] Memperhebatkan Gerakkerja Dakwah
c] Mempertingkatkan kualiti ilmu dan prestasi amal
d] Menguasai dan menjuarai Isu
e] Pengurusan dan penjanaan organisasi
f] Menjayakan proses pembentukan Murabbi dan Murabitun
g] Melahirkan pemuda yang menepati pemuda Ansorullah

6. Pertemuan ini saya namakan sebagai [
2 Jam Setengah : Ketua DPP Pusat bersama DPP Kawasan . ] Program ini akan membawa saya menjelajah ke seluruh negara untuk bertemu dengan semua anggota pemuda di peringkat kawasan dan cawangan . Insyaallah , 18 hb January ini di beberapa DPP kawasan dalam negeri Perlis dan 20 hb. January bersama DPP Kawasan Kuala Nerus Terengganu .

7. Sementara tumpuan istemewa pula buat
Sabah pada 14 - 17 hb January dan Sarawak pada 4 - 7 February . Adapun 31 January kelak , seharian saya akan bersama DPP Negeri Perak dalam Himpunan Pemuda Perak [ HEMPAP ] setelah 23 dan 24 hb January nanti , saya bersama beberapa rakan dari Dewan Pemuda PAS Pusat akan menganjurkan kembara berkeretapi dari Kuala Lumpur ke selatan tanahair .

8.
Kembara ini akan menyaksi beberapa program menarik dilakukan . Setiap stesen yang kita singgah seperti di Seremban , Batang Melaka dan Johor kita akan mengadakan program khusus bersama pemuda dan masyarakat setempat dan sekitar stesen tersebut .

9. Program 2 jam setengah bersama pemuda akan terus disambung dengan memilih
DPP Kawasan Bukit Katil Melaka sebagai tapak program pada 16 February dan 17 February pula program 2 jam setengah bersama DPP Kawasan Rompin Pahang .

Tentatif program
2 Jam Setengah : Ketua DPP Pusat bersama DPP Kawasan ialah seperti berikut :

Solat Maghrib berjamaah .
Al Mathurat dan Asmaul Husna
Taklimat Gerakkerja Amal islami DPP Kawasan
Taujihat Ketua DPP Pusat
Dialog
Solat Isyak berjamaah
Nasyid Taubah , solat hajat dan Munajat
BBQ

Jadual ini tertakluk kepada perubahan dan kesesuaian semasa kawasan penganjur .

10 . DPP Pusat juga telah memutuskan lawatan kerja DPP Pusat ke negeri - negeri dan sebelah malamnya dianjurkan
Pentas Pemuda . Jadual lawatan kerja ini turut tertakluk kepada kesesuaian DPP negeri - negeri . Jadualnya seperti berikut :

20 February 2010 : Johor
21 February 2010 : Negeri Sembilan .
27 February 2010 : Pahang
28 Februray 2010 : Selangor
06 March 2010: Kelantan
07 March 2010 : Terengganu
20 March 2010 : Pulau Pinang .
21 March 2010 : Perak
27 March 2010 : Wilayah
28 March 2010 : Negeri Sembilan .
03 April 2010 : Kedah
04 April 2010 : Perlis

Insyaallah , harapan saya semoga Allah swt memberi keupayaan dan kekuatan bagi kita melaksanakan tugasan yang penting ini dan mendapat sokongan padu dari seluruh saff pemuda di semua peringkat .

Wednesday, February 4, 2009

Konvoi bermotosikal ukhuwwah para pemuda Dusun Tua


Cuti Tahun Baru Cina baru-baru ini telah digunakan oleh para pemuda Kg Dusun Tua Batu 16 dan Batu 17 bersama-sama berkonvoi motosikal ke Cherating. Program rutin tahunan anjuran pemuda Kg Dusun Tua ini diteraju oleh Biro Belia JKKK Batu 17 Dusun Tua dengan kerjasama rai Majlis Perwakilan Penduduk Zon 1 & 3 serta Jawatankuasa Pengurusan DUN Dusun Tua

Program dirasmi dan dilacarkan oleh YBhg Al-Fadhil Ustaz Musa Baharuddin yang menggantikan YBh. Sdr Mohd Jan Sulong yang juga merupakan Ahli Majlis MPKj. Turut bersama dalam majlis pelancaran dan memberikan ucapan ialah Sdr. Saupi Azran selaku Setiausaha JKKK Batu 17 Dusun Tua merangkap wakil Pengerusi JKKK Batu 17 Dusun Tua, juga Sdr Mohd Ghazali Md Sair Pengerusi JKKK Batu 16 Dusun Tua.






Program yang diketuai oleh Sdr Mohd Azlan Mohamad Tamjis yang juga merupakan ketua Biro Belia JKKK Batu 17 Dusun Tua telah bertungkus-lumus bersama rakan-rakan pemuda Kg Dusun Tua untuk menjayakan program ini dari awal merencana, mendapatkan kelulusan dan bantuan belanjawan, pendaftaran peserta dan penyertaan peserta.








Sekitar 31 buah motosikal berkuasa rendah dan 2 buah kereta turut bersama di dalam konvoi ke Cherating ini. Perjalanan pergi menghadapi sedikit ujian apabila menempuh hujan lebat yang turun beberapa kali sepanjang perjalanan yang bermula sekitar jam 11.00 pagi dan tiba pada jam 3.30 petang Hari Ahad 25hb Jauari 2009.





Peserta bermalam di Chalet Kampung Inn berhadapan kawasan kejadian mati lemas peserta konvoi berkereta dari kumpulan Parit Raja Motor Club. pada Hari Isnin keesokannya.

Program-program riadhah dan santai memenuhi agenda sepanjang 3 hari 2 malam di sana yang antaranya pertandingan bolasepak pantai, BBQ, solat berjemaah dan tazkirah serta turut membeli-belah di sekitar Kemaman dan Cherating.




Perjalanan pulang agak mencabar apabila sebuah motosikal terpaksa ditolak kerana menghadapi kerosakan mekanikal dan juga sebuah lagi terpaksa diperbiaki dan Alhamdulillah dapa diperbaiki.







Terima kasih kepada Al-Fadhil Ustaz Khairuddin Jawahir yang terpaksa hadir dari Johor dan sanggup bersama peserta konvoi untuk bersama memimpin program rohaniah peserta konvoi.



Kepatuhan kepada setiap arahan marshall konvoi membolehkan perjalanan sepanjang konvoi lancar dan tiada sebarang masalah.














Aksi terakhir salah sebuah motosikal yang terpaksa 'dipapah' pulang selepas menghadapi masalah kerosakan.



Pengarah program konvoi dan pengarah pengisian rohaniah









Selamat tiba ke destinasi lebih kurang jam 10.30 malam selepas bertolak keluar dari Cherating sekitar jam 3.30 petang.




Tahniah kepada peserta-peserta konvoi dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dan membantu.

JKKK Batu 17 Dusun Tua
JKKK Batu 16 Dusun Tua
Majlis Perbandaran Kajang
Jawatankuasa Pengurusan DUN Dusun Tua

Monday, October 6, 2008

Sekitar program Liga PS Batu 17 Ramadhan 1429H


Tahniah kepada Biro Belia dan Sukan JKKK Batu 17 yang diketuai oleh Sdr Yusrizat dan Mohd Azlan. Alhamdulillah, dalam serba sederhana dan baru tenaga AJK Biro dapat melaksanakan program riadhah sukan untuk belia yang juga bertemakan dakwah. Di mana program ini menampilkan ruangan untuk para peserta mendengar ceramah dari penceramah jemputan yang juga merupakan anak tempatan, YBhg. Al-Fadhil Ustaz Bakhtiar Fitri.
Juga kewajipan solat berjemaah sepanjang program turut disuburkan oleh para peserta yang tidak mempunyai sebarang masalah untuk bersolat kerana lokasi program diadakan di perkarangan surau.Kepada pihak Surau Munawwarah, terima kasih diucapkan atas kerjasama baik yang diberikan. Tahniah juga buat para pemenang dan yang belum berjaya insya Allah boleh mencuba kepada kesempatan yang lain. Hadiah kepada para pemenang telah disampaikan oleh Ybhg Tuan Haji Sharani selaku Pengerusi JKKK Batu 17 Dusun Tua.







Tuesday, July 29, 2008

Berita MPD

Saudara Lutfi Amir, AJK Majlis Pemuda DUN Dusun Tua telah dimasukkan ke hospital Kajang Sabtu-Ahad (26-27 Julai 2008) lepas kerana kemalangan dan kecederaan di tempat kerja. Jari tangan kiri beliau telah mengalami kecederaan dan telah mendapat rawatan susulan dari pihak Hospital.

Dalam kesempatan yang sangat singkat, Alhamdulillah Ketua Pengarah Majlis Tindakan DUN dan beberapa AJK sempat untuk menziarahi beliau sambil 'membawa keluar' dari Hospital selepas mendapat kebenaran dari Doktor yang bertugas.

Semoga Allah memberikan kesihatan yang terbaik kepada Sdr Lutfi Amir dan diharapkan atas terus menyumbang tenaga dalam membantu gerak kerja meninggikan Agama Allah khususnya di DUN Dusun Tua ini.

Beliau merupakan AJK dan petugas parti yang sangat komited, rajin dan bermujahadah. Teruskan khidmat baktimu yang sangat cemerlang itu.

Wednesday, July 16, 2008

Sekitar Smasrt Solat Surau Darul Hidayah

Sabtu lepas 12 Julai 2008 jam 9.00 pagi - 1.00 tengah hari Siri kedua jelajah smart solat sempena Kempen Bulan Solat Peringkat DUN Dusun Tua 1429H selepas lokasi pertama di Masjid Al-Amin Kampung Sungai Tekali.








Tuesday, July 8, 2008

Syabas Pemuda Sg Tekali

Sekali lagi teman-teman Pemuda Sg Tekali bersama Belia Jawatankuasa Pembangunan Kampung Sg Tekali dan Belia 4B Kantan (BELANTAN) berjaya menganjurkan pertandingan futsal peringkat Kg Sg Tekali. Program ini berlangsung pada Sabtu lalu 5 Julai 2008 bertempat di gelanggang Futsal 'pantai' Kg Kantan Sg Tekali. Penyertaan dan sokongan daripada peserta pada pertandingan ini sangat memberangsangkan sekali. Bagi pihak Majlis Pemuda DUN Dusun Tua mengucapkan tahniah diatas kesungguhan teman-teman MPD di Sg Tekali. Semoga program-program ini akan terus merintis 'engagement' MPD bersama para generasi muda di DUN Dusun Tua.







Monday, June 30, 2008

Program Smart Solat

Sekitar Program Smart Solat anjuran Majlis Pemuda DUN Dusun Tua (MPD) dengan kerjasama Gerakan Belia 4B Malaysia Cawangan Kg Kantan Sg Tekali (BELANTAN) serta Masjid Al-Amin Kg Sg Tekali Sabtu 28 Jun 2008.

Program seminar sulung ini walaupun agak kecil namun masih berjaya menarik hampir 15 orang peserta. Masih banyak perkara yang perlu dipelajari dan diperbaiki oleh pihak MPD dalam menyusun serta menyediakan program yang mampu menarik minat para peserta khususnya para pelajar, anak-anak remaja dan para belia.

Program setengah hari ini yang bermula sekitar 9.00 pagi dan berakhir sebelum zohor telah memberikan ruang kepada para peserta untuk memperbaiki dan memantapkan kefahaman terhadap maksud solat dan beberapa perlaksanaan fizikal solat itu sendiri yang perlu diambil perhatian dan perbaiki.

Selain penerangan maklumat tentang solat, para peserta juga didedahkan dengan tayangan video berkaitan solat dan praktikal wudhu serta rukun solat. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat termasuk kepada Lujnah Kebajikan MTD Dusun Tua yang telah memberikan sumbangan untuk jamuan para peserta dan petugas program. Semoga Allah terus membimbing dan memberikan petunjukNYA kepada kita semua.