Monday, June 30, 2008

Program Smart Solat

Sekitar Program Smart Solat anjuran Majlis Pemuda DUN Dusun Tua (MPD) dengan kerjasama Gerakan Belia 4B Malaysia Cawangan Kg Kantan Sg Tekali (BELANTAN) serta Masjid Al-Amin Kg Sg Tekali Sabtu 28 Jun 2008.

Program seminar sulung ini walaupun agak kecil namun masih berjaya menarik hampir 15 orang peserta. Masih banyak perkara yang perlu dipelajari dan diperbaiki oleh pihak MPD dalam menyusun serta menyediakan program yang mampu menarik minat para peserta khususnya para pelajar, anak-anak remaja dan para belia.

Program setengah hari ini yang bermula sekitar 9.00 pagi dan berakhir sebelum zohor telah memberikan ruang kepada para peserta untuk memperbaiki dan memantapkan kefahaman terhadap maksud solat dan beberapa perlaksanaan fizikal solat itu sendiri yang perlu diambil perhatian dan perbaiki.

Selain penerangan maklumat tentang solat, para peserta juga didedahkan dengan tayangan video berkaitan solat dan praktikal wudhu serta rukun solat. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat termasuk kepada Lujnah Kebajikan MTD Dusun Tua yang telah memberikan sumbangan untuk jamuan para peserta dan petugas program. Semoga Allah terus membimbing dan memberikan petunjukNYA kepada kita semua.















No comments: