Tahniah kepada Biro Belia dan Sukan JKKK Batu 17 yang diketuai oleh Sdr Yusrizat dan Mohd Azlan. Alhamdulillah, dalam serba sederhana dan baru tenaga AJK Biro dapat melaksanakan program riadhah sukan untuk belia yang juga bertemakan dakwah. Di mana program ini menampilkan ruangan untuk para peserta mendengar ceramah dari penceramah jemputan yang juga merupakan anak tempatan, YBhg. Al-Fadhil Ustaz Bakhtiar Fitri.
Monday, October 6, 2008
Sekitar program Liga PS Batu 17 Ramadhan 1429H
Tahniah kepada Biro Belia dan Sukan JKKK Batu 17 yang diketuai oleh Sdr Yusrizat dan Mohd Azlan. Alhamdulillah, dalam serba sederhana dan baru tenaga AJK Biro dapat melaksanakan program riadhah sukan untuk belia yang juga bertemakan dakwah. Di mana program ini menampilkan ruangan untuk para peserta mendengar ceramah dari penceramah jemputan yang juga merupakan anak tempatan, YBhg. Al-Fadhil Ustaz Bakhtiar Fitri.
Tuesday, July 29, 2008
Berita MPD
Dalam kesempatan yang sangat singkat, Alhamdulillah Ketua Pengarah Majlis Tindakan DUN dan beberapa AJK sempat untuk menziarahi beliau sambil 'membawa keluar' dari Hospital selepas mendapat kebenaran dari Doktor yang bertugas.
Semoga Allah memberikan kesihatan yang terbaik kepada Sdr Lutfi Amir dan diharapkan atas terus menyumbang tenaga dalam membantu gerak kerja meninggikan Agama Allah khususnya di DUN Dusun Tua ini.
Beliau merupakan AJK dan petugas parti yang sangat komited, rajin dan bermujahadah. Teruskan khidmat baktimu yang sangat cemerlang itu.
Wednesday, July 16, 2008
Sekitar Smasrt Solat Surau Darul Hidayah
Tuesday, July 8, 2008
Syabas Pemuda Sg Tekali
Monday, June 30, 2008
Program Smart Solat
Program seminar sulung ini walaupun agak kecil namun masih berjaya menarik hampir 15 orang peserta. Masih banyak perkara yang perlu dipelajari dan diperbaiki oleh pihak MPD dalam menyusun serta menyediakan program yang mampu menarik minat para peserta khususnya para pelajar, anak-anak remaja dan para belia.
Program setengah hari ini yang bermula sekitar 9.00 pagi dan berakhir sebelum zohor telah memberikan ruang kepada para peserta untuk memperbaiki dan memantapkan kefahaman terhadap maksud solat dan beberapa perlaksanaan fizikal solat itu sendiri yang perlu diambil perhatian dan perbaiki.
Selain penerangan maklumat tentang solat, para peserta juga didedahkan dengan tayangan video berkaitan solat dan praktikal wudhu serta rukun solat. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat termasuk kepada Lujnah Kebajikan MTD Dusun Tua yang telah memberikan sumbangan untuk jamuan para peserta dan petugas program. Semoga Allah terus membimbing dan memberikan petunjukNYA kepada kita semua.
Sunday, June 15, 2008
Demonstrasi salah satu cabang dakwah, tarbiyah
Izwan Abdul Halim Sun | Jun 15, 08 | 6:44:44 am MYT | |
KOTA SARANG SEMUT, 15 Mei (Hrkh) - Menyertai demonstrasi adalah sesuatu yang tidak bertentangan dengan syariah sebaliknya merupakan satu dari cabang dakwah dan proses pentarbiyahan. Menurut Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah, Ustaz Zainal Asri Romli, demonstrasi dalam harakah merupakan satu uslub daripada uslub dakwah dan satu wasilah daripada wasilah dakwah. "Kita jangan terpengaruh dengan pandangan yang mengatakan demontrasi ini sebagai 'ghairu syarie' (tidak syarie) sebab ia juga merupakan satu pentarbiyyahan juga," ujar beliau ketika ditanya Harakahdaily berhubung demonstrasi yang dicetuskan sebagai bantahan kepada kenaikan harga minyak. Menyertai demonstrasi menurut beliau, adalah proses untuk mentarbiyah diri. "Kalau demontrasi kita tidak berani sertai, apatah lagi perang yang sememangnya lebih dahsyat," tuturnya berkias mengakhiri temubual tersebut. - mks. _ |
Friday, June 13, 2008
Banjir DUN Dusun Tua
Kemudiannya banjir mula surut dan beralih ke bahagian hilir terutamanya Kg Sungai Serai, Kg Melaka Batu 10.
Dengan keadaan lalulintas yang sagat sesak dengan dijangkakan kenderaan masuk berpusu-pusu masuk ke sekitar DUN Dusun Tua Hulu Langat yang mempunyai banyak majlis kenduri kahwin dan lain-lain.
Di sebelah tengahari YB Ahli Parlimen dan Unit Amal berkesempatan menghulurkan sumbangan berupa makanan kepada mangsa banjir dan kemudiannya pada waktu malam pula selain sempat menggerakkan seluruh jentera untuk membuat bancian terus ke pintu rumah bagi memastikan segala bantuan dapat disalurkan sebaiknya.
Kepada seluruh penduduk khususnya mangsa banjir pihak kami mendoakan agar kalian tabah menhadapi ujian ini dan insya Allah bagi pihak Pakatan Rakyat DUN Dusun Tua dan Parlimen Hulu Langat akan memastikan yang terbaik dalam menangani masalah yang sangat membebankan rakyat.
Monday, May 26, 2008
Selangor antara yang pertama hantar bantuan ke China
Salmiyah Harun | Foto Wan Zahari Wan Salleh Mon | May 26, 08 | 11:12:49 am MYT | |
SEPANG, 26 Mei (Hrkh) - Kerajaan Negeri Selangor di antara yang pertama menghantar misi kemanusiaan ke negara China yang dilanda gempa bumi pada 12 Mei lalu. Manakala seramai 23,775 mangsa masih lagi hilang, sebagaimana yang diumumkan kerajaan Republik China itu. Atas sifat kemanusiaan, Kerajaan Selangor telah menghantar sekumpulan perubatan yang terdiri daripada enam orang doktor, lima orang paramedik, dua logistik, dan tiga orang pembantu perubatan. Seramai 16 orang petugas pasukan perubatan yang mempunyai pengalaman dalam misi seperti itu bertolak pada 25 Mei dan dijangka pulang pada 30 Mei ini. Pasukan perubatan itu diketuai oleh Pengerusi Yayasan Amal Malaysia (Amal) Hussin Ismail. Turut mengikuti misi itu jurugambar Harakah Wan Zahari Wan Salleh. Beberapa NGO turut menyertai pasukan itu termasuklah Wirda, Himpunan Lepasan Institusi-institusi Pengajian Tinggi Malaysia (Haluan), Kelab Motor, dan Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia. Menurut Hussin ketika ditemui di KLIA, misi itu adalah misi kali pertama yang membawa khidmat dan bahan perubatan memandangkan mereka masih di peringkat awal untuk menghadapi keadaan dan apa yang diperlukan oleh mangsa bencana. Tambahnya, pengalaman di Acheh tahun lalu sedikit sebanyak akan memudahkan mereka untuk memberi khidmat perubatan kepada rakyat Republik itu. Katanya, hampir 12 hari menunggu keputusan daripada kerajaan China untuk membenarkan mereka memasuki negara itu. Bagaimanapun katanya, sebaik sahaja pulang dari China mereka akan berangkat pula ke Mynamar bagi memberi khidmat perubatan serta membawa barang keperluan kepada mangsa Taufan Narjis. Turut mengiringi misi itu serta memberi kata-kata semangat sebelum berangkat Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin. Beliau turut menasihatkan anggota misi itu supaya bekerjasama dengan mereka yang berpengalaman bagi merapatkan hubungan masyarakat China dengan Malaysia. "Gunakan pengalaman yang ada untuk memberi bantuan kepada rakyat China dan ambilah peluang ini untuk menonjolkan nama Malaysia," katanya. Dalam pada itu, jurugambar Harakah yang menghubungi di sini sebaik sahaja tiba di Guangzhoa selepas empat jam berlepas dari KLIA pada 9.30 pagi, dan tiba di Chengdu pada jam 7.20 malam memberitahu cuaca mendung dan berkabus mencecah 24 darjah celcius akan berterusan sehingga Jumaat ini. Sebanyak 69 empangan yang retak dalam gempa bumi di barat daya China dua minggu lalu kini menghadapi bahaya akan pecah. Tanah runtuh berpunca daripada gempa bumi pada 12 Mei lalu juga menyebabkan laluan sungai tersekat dan mewujudkan puluhan 'tasik gempa.' - mns |