Monday, June 30, 2008

Program Smart Solat

Sekitar Program Smart Solat anjuran Majlis Pemuda DUN Dusun Tua (MPD) dengan kerjasama Gerakan Belia 4B Malaysia Cawangan Kg Kantan Sg Tekali (BELANTAN) serta Masjid Al-Amin Kg Sg Tekali Sabtu 28 Jun 2008.

Program seminar sulung ini walaupun agak kecil namun masih berjaya menarik hampir 15 orang peserta. Masih banyak perkara yang perlu dipelajari dan diperbaiki oleh pihak MPD dalam menyusun serta menyediakan program yang mampu menarik minat para peserta khususnya para pelajar, anak-anak remaja dan para belia.

Program setengah hari ini yang bermula sekitar 9.00 pagi dan berakhir sebelum zohor telah memberikan ruang kepada para peserta untuk memperbaiki dan memantapkan kefahaman terhadap maksud solat dan beberapa perlaksanaan fizikal solat itu sendiri yang perlu diambil perhatian dan perbaiki.

Selain penerangan maklumat tentang solat, para peserta juga didedahkan dengan tayangan video berkaitan solat dan praktikal wudhu serta rukun solat. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat termasuk kepada Lujnah Kebajikan MTD Dusun Tua yang telah memberikan sumbangan untuk jamuan para peserta dan petugas program. Semoga Allah terus membimbing dan memberikan petunjukNYA kepada kita semua.















Sunday, June 15, 2008

Demonstrasi salah satu cabang dakwah, tarbiyah

Izwan Abdul Halim
Sun | Jun 15, 08 | 6:44:44 am MYT

KOTA SARANG SEMUT, 15 Mei (Hrkh) - Menyertai demonstrasi adalah sesuatu yang tidak bertentangan dengan syariah sebaliknya merupakan satu dari cabang dakwah dan proses pentarbiyahan.

Menurut Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah, Ustaz Zainal Asri Romli, demonstrasi dalam harakah merupakan satu uslub daripada uslub dakwah dan satu wasilah daripada wasilah dakwah.

"Kita jangan terpengaruh dengan pandangan yang mengatakan demontrasi ini sebagai 'ghairu syarie' (tidak syarie) sebab ia juga merupakan satu pentarbiyyahan juga," ujar beliau ketika ditanya Harakahdaily berhubung demonstrasi yang dicetuskan sebagai bantahan kepada kenaikan harga minyak.

Menyertai demonstrasi menurut beliau, adalah proses untuk mentarbiyah diri.

"Kalau demontrasi kita tidak berani sertai, apatah lagi perang yang sememangnya lebih dahsyat," tuturnya berkias mengakhiri temubual tersebut. - mks. _

Friday, June 13, 2008

Banjir DUN Dusun Tua

Sekitar banjir yang berlaku seawal pagi Ahad 08 Jun 2008. Liputan foto dan gerak kerja sekitar Kampung Dusun Tua Batu 16 dan Kampung Sungai Serai yang paling teruk dilanda banjir.Seluruh jentera melibatkan Dewan Pemuda PAS Hulu Langat, Unit Amal Hulu Langat, Majlis Tindakan DUN Dusun Tua dan teman-teman Pakatan Rakyat dari Parti Keadilan Rakyat khususnya Angkatan Muda PKR serta turut sama pimpinan tertinggi terdiri daripada YB Dr Che Rosli Che Mat Ahli Parlimen Hulu Langat, Tuan Haji Razaly Hassan (Yang Dipertua PAS Hulu Langat), Sdr Mohd Jan Sulong (Pengarah MTD DUN Dusun Tua), Sdr Jamil Saring (Pengarah MTD DUN Kajang) dan lain-lain telah digerakkan bagi menjalankan kerja-kerja menyelamat dan memberikan bantuan kepada semua mangsa-mangsa banjir.Gerak kerja bermula seawal jam 8.30 pagi sekitar Kg Dusun Tua terutamanya di sekitar pintu masuk IKBN.








Kemudiannya banjir mula surut dan beralih ke bahagian hilir terutamanya Kg Sungai Serai, Kg Melaka Batu 10.









Suasana di Kg Sg Serai menjadi kritikal sekitar jam 11.30 pagi dalam keadaan cuaca yang agak panas menyebabkan kebanyakkan penduduk tidak menjangkakan banjir besar akan berlaku. Namun hanya selepas setengah jam kemudiannya air mula naik mendadak sehingga menaiki ke beberapa kawasan yang jarang dinaiki air banjir. Masjid al-Ehsan Kg Sg Serai sekali lagi dimasuki air dalam tempoh 2 bulan ini.Para Petugas dari semua jentera Pakatan Rakyat berkesempatan menghulur bantuan bot bagi sama-sama membantu pihak keselamatan Bomba menyelamatkan mangsa-mangsa yang terperangkap di dalam rumah yang sudah dinaiki air.










Dengan keadaan lalulintas yang sagat sesak dengan dijangkakan kenderaan masuk berpusu-pusu masuk ke sekitar DUN Dusun Tua Hulu Langat yang mempunyai banyak majlis kenduri kahwin dan lain-lain.

Di sebelah tengahari YB Ahli Parlimen dan Unit Amal berkesempatan menghulurkan sumbangan berupa makanan kepada mangsa banjir dan kemudiannya pada waktu malam pula selain sempat menggerakkan seluruh jentera untuk membuat bancian terus ke pintu rumah bagi memastikan segala bantuan dapat disalurkan sebaiknya.




Kepada seluruh penduduk khususnya mangsa banjir pihak kami mendoakan agar kalian tabah menhadapi ujian ini dan insya Allah bagi pihak Pakatan Rakyat DUN Dusun Tua dan Parlimen Hulu Langat akan memastikan yang terbaik dalam menangani masalah yang sangat membebankan rakyat.